mood jiwang melanda!!!!!

                      
Assalamualaikum... hari ni aku pown tak tahu kenapa dengan diri aku ni... dari pagi tadi mood jiwang melanda... so entry kali ni pown jiwang-jiwang jugak lah....  ok... kalau dah katanya mood jiwang melanda,mestilah aku nak cakap pasal CINTA...
            
         :: one word frees us from all the weight and pain in life is LOVE ::

ha...korang tahu ke apa tu cinta??? pada aku cinta tu susah nak ditafsirkan melalui kata-kata....and nak kekal kan perhubungan dalam percintaan tu memang susah sangat... bagi pasangan yang tak kuat menempuh cabaran,memang korang akan tersungkur....macam aku... aku pernah bercinta sebanyak 5 kali... tapi tak pernah kekal...bukan nak kata yang aku tak setia,tapi dah tak de jodoh.. nak buat macam mana.. so,aku kena terima semuanya dengan redha... lagipun perjalanan aku masih panjang....moral of the story:: study first lah....tak payah nak fikir pasal cinta ni... boleh buat korang pening kepala... bak kata lecturer aku,"buat masa sekarang,lupakan pasal cinta... fokus pada pelajaran... tinggalkan alam percintaan... bercintalah dengan buku.... ingat...kalau sekarang awak hilang cinta untuk mengejar kejayaan dalam pelajaran,insya-ALLAH, awak akan berjaya"... ha..tu lah words yang aku ingat sampai sekarang.. so berbekalkan dengan kata-kata tu , aku meneruskan pelajaran aku tanpa cinta kepada lelaki... kerana aku dah pernah rasa ditinggalkan oleh orang yang aku cintai....

 nota kaki T_T
 : saya telah mengembara ke hujung dunia mencari apa yang saya inginkan..
 tapi sejak pertama kali saya melihat awak,saya telah tersungkur ke penjuru mata awak..
demi tuhan,saya tak tahu kenapa.. saya tak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya sangat mencintai awak.. disaat hati saya mula berkelana mencari singgah sana dihati awak,nyata saya tak menemuinya..
tapi akhirnya,apabila awak memiliki cinta saya, awak telah mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu saya selami dan awak jugaklah yang membakar saya dalam diam...
saya sedih sangat bila awak kata awak tak tahu apa yang sebenarnya awak cari..
tapi jauh disudut hati ini merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta..
mungkin juga awak belum pernah benar-benar jatuh cinta pada seseorang.
jadi,selama ini siapa saya dihati awak?  adakah selama ni awak tak pernah mencintai saya?
siapa yang memujuk saya untuk buka pintu hati?
siapa yang ajar saya supaya jujur tentang perasaan sendiri?
siapa yang mengajar saya cinta tu perlukan pengorbanan?? 
AWAK!!!!
awak mungkin jenis lelaki yang mencintai ramai wanita,
tapi saya wanita yang hanya mempercayai dalam hidup saya hanya ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkahwinan..


kata orang::
kalau kita cintakan seseorang ,biarkan dia pergi...
jika dia jodoh kamu,maka dia akan datang kepada kamu,
jika dia tidak datang kepada kamu,maka dia bukan jodoh kamu...
belajarlah menerima hakikat bahawa tuhan akan mengirimkan kepada kamu jodoh yang lebih baik ...

#sorryentrykalinipanjangberjela...hahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen jangan tak komen...hehehe~