kisah hati

Hai.. Assalamualaikum.. Whattsuupp!!! Akhirnya..setelah sekian lama aku tak update blog ni.. Dah bersawang blog ni.. hahaha.. tak sangka..

setiap orang dalam dunia ni dikurniakan dengan perasaan cinta.. tak kisah lah cinta manusia sesama manusia atau cinta manusia kepada Penciptanya... Pada aku jika kita jatuh cinta sesama manusia tidak semestinya kisah cinta kita itu akan berakhir dengan bahagia.. Ada yang sengsara disebabkan cinta.. Tapi, jika kita Cinta kepada Tuhan ,Insya-Allah ia akan berkekalan ..

Bukan aku prejudis terhadap cinta , tetapi setiap kali bercinta pasti akhirnya aku akan sengsara.. aku sendiri tak tahu apa punca dan silapnya.. mungkin belum ada jodoh atau mungkin Allah tengah merancangkan Jodoh yang Terbaik untuk aku.. dan mungkin juga jika aku bercinta sesama manusia aku akan lupa akan perintah dan suruhan-Nya.. siapa tahu kan?? 





kata-kata cinta:

"Minat bukan bermaksud CINTA,Bangga bukan bererti CINTA,
Kagum juga bukan bermaksud CINTA dan suka tidak serasi dengan CINTA,
Malah sayang juga bukan CINTA,
Tetapi CINTA itu adalah CINTA.."

Saya nak tulis "saya rindu awak" pada batu kemudian baling tepat ke muka awak agar awak tahu betapa sakitnya hati saya merindui awak.. 



"Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh CINTA.
Namun, apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu 
dan jangan sesekali kamu membiarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya
di hatinya.."


"Kata-kata cinta yang lahir sekadar dibibir dan
bukannya dihati mampu melumatkan seluruh jiwa raga,
manakala, kata-kata cinta yang lahir dari hati yang yang ikhlas mampu mengubati
segala luka di hati orang yang mendengarnya.."





Nota kaki  T_T
Hadapi hari-hari yang mendatang dengan tabah dan senyuman..

save our muslim.. save gaza !!!

sahabat,
malam begini,kita seronok bersama kawan,keluarga masing2.tapi di gaza,saudara islam sedang sibuk mencari tempat perlindungan,supaya tidak diserang,disakiti oleh tentera yahudi laknatullah.

sahabat,
kita kat disini,seronok hujan turun.sebab dapat tidur dengan lena.tetapi keadaan saudara islam kita kat sana,dihujani dengan peluru dari tentera yahudi laknatullah.

sahabat,
petang2 kita teng
ok anak2 jiran,kanak2 sedang seronok bermain diluar.tetapi keadaan kanak2 di gaza,sudah mula merasai peperangan,berlumuran darah dan disakiti oleh tentera yahudi laknatullah.

sahabat,
kita di sini berasa tenang juga,tiada bunyi tembakan,tiada bunyi jeritan,tiada rasa kesakitan.apa salahnya,dengan keadaan kita begini,berikanlah doa kepada saudara islam kita di gaza,palestine.setiap kali selepas solat,doakan lah agar diberi kebahagian kepada saudara2 islam kita disana.tidak mahu ada air mata,tidak mahu ada kesakitan.kita mohon pada Allah,agar Allah makbulkan doa kita dan saudara2 islam kita di gaza palestine..

SAVE GAZA,PALESTINE.TAKBIR




Photo

#SAVE GAZA !!


Pesawat tempur rejim zionis yg berjaya ditembak jatuh oleh Briged Al Qassam. 

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).

Teruskan berdoa untuk kehancuran rejim zionis. Allah bersama kita! Allahu Akhbar!!

~az-zahra~





Photo: Pesawat tempur rejim zionis yg berjaya ditembak jatuh oleh Briged Al Qassam. 

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).

Teruskan berdoa untuk kehancuran rejim zionis. Allah bersama kita! Allahu Akhbar!!

~az-zahra~



PRODUK-PRODUK DIBAWAH NAUNGAN ISRAEL..




HENTIKANLAH DARI MENGGUNAKAN PRODUK-PRODUK NI.. UNTUK MEMBOIKOT ISRAEL
SAVE OUR MUSLIM... SAVE GAZA...

#Bismillahirohmanirohim ,,
Ya Allah , selamatkan orang-orang Islam di bumi Palestin , lindungilah mereka Ya Allah . Engkau hujanilah bala terbesarMU ke atas orang-orang israel laknatulah . semoga mangsa-mangsa kekejaman rejim israel ini berada di kalangan orang - orang yang soleh/solehah . amin amin Amin ya rabb .

selamat hari raya aidilfitri 2012



Hai.. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2012 ni... pejam celik-pejam celik rasa macam sekejap je bulan ramadhan tahun ni... tak tahu lah  boleh jumpa lagi ke tak Ramadhan tahun depan.. moga-moga kita semua panjang umur, sihat selalu dan diberikan peluang untuk merasa kemanisan Ramadhan tahun depan..


sebenarnya semasa aku tengah bosan semalam, so aku pon pergilah usha-usha blog orang ... hehehe
Then, aku nampak tutorial kat blog younique ni.. nak taw tak apa yang menariknya pasal blog ni???
blog ni menyediakan tutorial  dengan menggunakan windows excel... rupa-rupanya macam-macam kita boleh buat dengan windows excel ni.. kita boleh lukis ketupat, spongebob n angry bird pon boleh...
Tutorial dia korang mudah faham.. dan senang je...







ha... ni merupakan percubaan aku melukis ketupat dengan menggunakan windows excel... hehehehe...
maaflah kalau tak cantik.. sebab saya budak baru belajar....




nota kaki T_T
rindu nak sambut raya dengan arwah pakcik aku... semoga rohnya tenang dan dicucuri rahmat..
AL-FATIHAH.... buat beliau...



Segmen : Jom Joint Bloglist Nurul!





kalau nak join, klik dekat banner dan boleh baca syarat-syarat segmen tersebut...
joint segmen ni sebelum 12 ogos 2012..

Segmen Blogwalking dan Tambah Follower by Farah

Hai... Assalamualaikum... ok.. Hari ni memang bosan tahap dewa lah... hahaha...
Then, terus update blog yang dah bersawang ni... Lepas update , ingatkan nak BW sekejep...
Tiba-tiba terjumpa segmen Blogwalking & tambah follower by Farah...
sebab tarikh tutup segmen ni 24 julai 2012 that's mean hari ni lah....
bila tengok tarikh tutup segmen ni, terus aku cepat-cepat joint segmen ni...
Sebab apa ye aku beria-ria nak joint segment ni... ha.. sebabnya aku nak berkenalan dengan blogger-blogger lain kat luar sane... boleh tambah kan kenalan + tambahkan follower blog aku...
sebabnya.. blog aku ni baru je lagi... maksudnye, aku ni new blogger lah...
k lah.. cite banyak2 pun tak guna kan....  so.. yang mana sempat tu.. meh lah joint segment ni ok...






nota kaki T_T
 kepada sesiapa yang tidak berkenan dengan penggunaan bahasa  di blog ini, aku mintak maaf sangat-sangat ye...


ASSALAMUALAIKUM

Hai..Entry kali ni tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia....
ceh2... merepek jek... hehehe...
kalau korang tengok sekarang, dah ramai wanita-wanita di luar sana yang makan hati dengan lelaki...
sebab apa aku cakap macam ni?? sebab aku dah banyak tengok kes-kes macam ni...
so,, kepada kaum lelaki... kalau korang tak berniat atau tak berhajat nak jadikan perempuan tu
GF or WIFE korang, bek korang jangan bagi harapan...


sebab apa aku cakap macam ni... sebab nye..sesetengah lelaki, suka bagi harapan kat perempuan...
bukan perempuan ni cepat perasan, tapi hati perempuan ni lembut...
selembut kapas walaupun perempuan tu kasar sekalipun...
Firstly, yang aku tak suka dengan sesetengah lelaki spesis macam ni... diorang suka bermadah pujangga dengan perempuan... then, yang perempuan pulak mula lah cair....
niat aku bukan aku nak memburukkan sesiapa....
sumpah!!! tak terdetik langsung kat hati aku ni nak mengata sesiapa... aku tulis entry ni berdasarkan pengalaman aku sendiri... jujur aku cakap... perempuan mudah cair dengan kata-kata manis lelaki... sebab aku pown sama... tapi mujurlah aku tak macam sesetengan perempuan diluar sana yang sanggup menggadaikan maruah disebabkan orang yang disayangi....
Sebab tu lah sesetengah lelaki mudah mengambil kesempatan diatas kelemahan perempuan...
so, aku harap sesiape tidak berkecil hati atau terasa dengan entry aku kali ni....



 nota kaki T_T
renung-renungkanlah .....






mood jiwang melanda!!!!!

                      
Assalamualaikum... hari ni aku pown tak tahu kenapa dengan diri aku ni... dari pagi tadi mood jiwang melanda... so entry kali ni pown jiwang-jiwang jugak lah....  ok... kalau dah katanya mood jiwang melanda,mestilah aku nak cakap pasal CINTA...
            
         :: one word frees us from all the weight and pain in life is LOVE ::

ha...korang tahu ke apa tu cinta??? pada aku cinta tu susah nak ditafsirkan melalui kata-kata....and nak kekal kan perhubungan dalam percintaan tu memang susah sangat... bagi pasangan yang tak kuat menempuh cabaran,memang korang akan tersungkur....macam aku... aku pernah bercinta sebanyak 5 kali... tapi tak pernah kekal...bukan nak kata yang aku tak setia,tapi dah tak de jodoh.. nak buat macam mana.. so,aku kena terima semuanya dengan redha... lagipun perjalanan aku masih panjang....moral of the story:: study first lah....tak payah nak fikir pasal cinta ni... boleh buat korang pening kepala... bak kata lecturer aku,"buat masa sekarang,lupakan pasal cinta... fokus pada pelajaran... tinggalkan alam percintaan... bercintalah dengan buku.... ingat...kalau sekarang awak hilang cinta untuk mengejar kejayaan dalam pelajaran,insya-ALLAH, awak akan berjaya"... ha..tu lah words yang aku ingat sampai sekarang.. so berbekalkan dengan kata-kata tu , aku meneruskan pelajaran aku tanpa cinta kepada lelaki... kerana aku dah pernah rasa ditinggalkan oleh orang yang aku cintai....

 nota kaki T_T
 : saya telah mengembara ke hujung dunia mencari apa yang saya inginkan..
 tapi sejak pertama kali saya melihat awak,saya telah tersungkur ke penjuru mata awak..
demi tuhan,saya tak tahu kenapa.. saya tak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya sangat mencintai awak.. disaat hati saya mula berkelana mencari singgah sana dihati awak,nyata saya tak menemuinya..
tapi akhirnya,apabila awak memiliki cinta saya, awak telah mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu saya selami dan awak jugaklah yang membakar saya dalam diam...
saya sedih sangat bila awak kata awak tak tahu apa yang sebenarnya awak cari..
tapi jauh disudut hati ini merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta..
mungkin juga awak belum pernah benar-benar jatuh cinta pada seseorang.
jadi,selama ini siapa saya dihati awak?  adakah selama ni awak tak pernah mencintai saya?
siapa yang memujuk saya untuk buka pintu hati?
siapa yang ajar saya supaya jujur tentang perasaan sendiri?
siapa yang mengajar saya cinta tu perlukan pengorbanan?? 
AWAK!!!!
awak mungkin jenis lelaki yang mencintai ramai wanita,
tapi saya wanita yang hanya mempercayai dalam hidup saya hanya ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkahwinan..


kata orang::
kalau kita cintakan seseorang ,biarkan dia pergi...
jika dia jodoh kamu,maka dia akan datang kepada kamu,
jika dia tidak datang kepada kamu,maka dia bukan jodoh kamu...
belajarlah menerima hakikat bahawa tuhan akan mengirimkan kepada kamu jodoh yang lebih baik ...

#sorryentrykalinipanjangberjela...hahaha