tips: never give up

hye korang sume...ape khabar ,,harap sihat lha ye...
ha arini aku nak bg info pasal individu2/tokoh2(boleh dikatakan tokoh lah) yang tak mudah putus asa..
bukan ape,aku tengok ramai individu2 kat luar sane mudah sangat putus asa... sama macam aku..
so,bile aku terbaca satu buku nieyh, aku rasa kagum dengan semangat diorang...
tu yang aku nak share dengan korang..mane taw semangat korang boleh up sikit ke...

ha..yang first sekali...
  1. THOMAS EDISON
-Guru yang mengajarnya sering merungut dengan mengatakan Edison seorang yang lembab untuk belajar apa sekalipun.Malahan beliau pernah dua kali dibuang kerja kerana dianggap seorang yang tidak produktif. sebagai pencipta mentol lampu,beliau telah gagal menyalakan mentol tersebut sebanyak 1000 kali. apabila seorang wartawan bertanya kepadanya "apa perasaan anda bila gagal sebanyak 1000 kali"?
Edison menjawab, "saya tidak gagal sebanyak 1000 kali,tetapi mentol lampu adalah sebuah ciptaan yang memerlukan 1000 langkah.."


2.   MICHAEL JORDAN(pemain bola keranjang terkenal)

-Jordan pernah berkata kepada seorang wartawan,"saya telah gagal dalam hidup saya berkali-kali,kerana itu saya berjaya". Tambahannya lagi " sepanjang karier saya,saya telah gagal sebanyak 9000 kali untuk memasukkan bola ke dalam keranjang,saya telah kalah hampir 300 perlawanan dan 26 kali saya telah diamanahkan untuk membuat balingan kemenangan untuk pasukan,tetapi saya gagal melaksanakannya..

3.  BEETHOVEN (komposer unggul muzik klasikal)

-beliau bermula dengan bermain violin, namun langsung tidak berminat untuk bermain dengn teknik yang betul, beliau lebih suka memainkan lagu-lagu ciptaannya sendiri. gurunya pernah berkata " anda memang tidak pandai mencipta lagu, bakat anda sebagai seorang komposer langsung tiada".sepertimana yang kita semua tahu,dia telah menghasilkan simfoni terunggul dalam keadaannya yang cacat pendengaran sepenuhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen jangan tak komen...hehehe~